Isnin, 15 Julai 2013

BRENDA ANURA DI LAMAR PENGARAH


Mungkin masih ramai yang tidak mengenali Brenda Anura Londoh, 19, berasal dari Matunggon Kudat Sabah. Siapa sangka gadis cantik putih melepak ini pernah muncul dalam rancangan temubual TV amat popular di Indonesia iaitu 'Bukan Empat Mata' yang dipengacarakan oleh Mr.Tukul sekitar tahun 2012 dan juga, beberapa stesyen tv Indonesia untuk mempromosikan filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham. tidak mudah bagi sesetengah artis Malaysia untuk tampil dirancangan tv amat popular seperti itu di Indonesia lebih-lebih lagi artis yang berasal dari sabah.

Muncul dengan single pertama 'Mulut longkang' walaupun kurang mendapat sambutan berikutan beberapa kontrovesi melalui lagu tersebut, Brenda tidak pernah putus asa untuk menempatkan diri dalam industri Tanah Air kita. Brenda juga diberi peluang untuk merakamkan semula lagu 'Gerimis Mengundang'  versi baru, kali ini Brenda digandingkan bersama penyanyi dari Indonesia iaitu Budi Doremi untuk lagu tema filem Gerimis Mengundang. Brenda juga pernah menghasilkan lagu-lagu rentak etnik sabah seperti Pinirubaan Mogowit Piupusan, Ok bah tanak Kampung dan Kada Ihid Koupusan


Baru-baru ini Brenda dikatakan di lamar seorang Pengarah. Haaa... jeng jeng jeng.. sebenarnya Brenda dilamar untuk Drama bersiri 13 episod dan juga beberapa telemovie Sabahan yang akan ditayangkan menerusi RTM tidak lama lagi. Jangan terkejut, sekarang ni, Brenda mula aktif dalam bidang lakonan. walaupun sibuk berlakon, Brenda masih aktif menyanyi dan sering menghadiri majlis undangan di sekitar kawasan Sabah. selain itu Brenda juga aktif dalam bidang Modeling Sabah dan Indonesia. Tahniah buat adik manis kita ini.


Gerimis Mengundang versi baru Brenda Anura ft Budi Doremi

Bila ditanya tentang harapan Brenda dalam bidang industri ini. dia ingin menjadi yang terbaik daripada yang terbaik dan akan berjuang keras untuk menjadi yang terbaik. semoga adik Brenda kita ini terus maju dan berusaha sampai berjaya. 

Sabah Boleh bah...!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tempahan Dibuka Seluruh Sabah, Sila Klik Gambar dibawah untuk keterangan lanjut

Tempahan Dibuka Seluruh Sabah, Sila Klik Gambar dibawah untuk keterangan lanjut
Kek Lapis Sarawak Kak Beb