
"Kami tidak berpecah.. cuma kami tingal bertiga sahaja" itulah keterangan Aegy semasa ditemubual oleh penulis baru-baru ini. Dua dari ahli kumpulan tersebut iaitu Malvin dan Benny mempunyai komitmen masing-masing di Sabah. Malvin kini aktif dalam bidang lakonan, manakala Benny melanjutkan pelajaran. kumpulan yang dikenali menerusi lagu 'Kau Main Jauh-jauh' dan 'So Hot' di anggotai oleh lima orang anak muda iaitu Qeem, Malvin, Aye, Aegy dan Benny.

Tidak hanya tertumpu pada bidang nyanyian, Qeem dan Aegy kini berkerja sebagai DJ di KLpop Radio. Manakala Aye sebagai Muzik Editor. Terbaru, lagu ciptaan Aegy 'Hari Raya Semua' baru sahaja dimuat naik ke laman Youtube.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan